Bintang media sosial, King Coco ada meluahkan perasaan sedih serta keluhan hatinya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Coco memberitahu bahawa dia akan terus untuk bersyukur dengan segala nikmat yang dikuniakan olehNya meski berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian kehidupan.

Selain itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap dirinya diberikan kecekalan serta ketabahan supaya dapat menjadi seorang wanita yang tabah.

“Tuhan, kau yang menjadikan siapa aku sekarang, jadi takkan aku mengeluh dengan ini semua. Akan aku terus bersyukur dengan semua nikmat yang kau limpahkan buat aku.

“Walau pahit tetap aku akan telan. Cuma satu yang aku minta .. jadikan aku kuat sentiasa. Dan jadikanlah aku perantaraan untuk sentiasa menolong manusia manusia yang kekurangan,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KING COCO 👑 (@k1ngcoco_1)

Terdahulu, Coco atau nama sebenarnya Maishara Laili telah mendirikan rumah tangga bersama Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017 dan dikuniakan dua orang cahaya mata.

Bagaimanapun, Coco telah memaklumkan bahawa dia sudah bercerai dengan suaminya sekitar 28 September yang lalu.

Foto: Instagram King Coco

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here