Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob memberitahu dia akan sentiasa mencari peluang untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya meski sibuk dengan tugas harian.

Sebagai seorang bapa yang berkerjaya, Fazley mahu memberikan yang terbaik untuk kualiti masa bersama anak-anaknya.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Fazley dilihat telah meluangkan masa dengan melakukan aktiviti riadah bermain bola tampar bersama anak-anaknya di sekitar kawasan kediamannya.

“Walau sibuk macam mana pun saya tetap usahakan untuk spend time dengan anak2. Semalam saya sempat main diorang punya version of #handball

“Saya dan @elliefazley satu team lawan 3 orang @fariedzfazley @fieradzfazley @fierudzfazley Agak2 siapa menang?,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Untuk rekod, Fazley dan isterinya, Datin Azrene Ahmad telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2007.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.

Foto: Instagram Fazley Yaakob

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here