Tahniah diucapkan kepada artis versatil, Sharifah Aida Mazlina atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein yang telah selamat melahirkan cahata mata keduanya, pada 23 Oktober yang lalu.

Terbaru, Elly telah mendedahkan nama cahaya mata keduanya yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan bersama para pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Pada masa sama, Elly turut memberitahu bahawa anak sulungnya, Putri Sara Sefhia berasa sangat teruja dengan kehadiran ahli baru dalam keluarganya.

“Happy birthday Somi .. Somi ckp dgn hadirnya Haider & Sefhia tu hadiah paling bermakna buatnya,

“Kakak Manja paling excited Selama ini kakak Manja hanya kenal 2 Hero dlm hidupnya .. siapa lg, Atuk & Papa Awan Nano la ..,” tulisnya.

Di samping itu, Elly yturut meluahkan rasa syukur kerana semua urusan untuk menimang cahaya mata kedua itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya.

“Dan Alhamdulillah kali ni hadir seorg lg hero dlm hidup dia ,Haider .. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur syukur Ya Allah

Semoga keluarga kecil kami kekal bahagia, dipermudahkan segala urusan & diRahmati Allah S.W.T Amin Welcome home Haider Mateen Bin Mohamad Azlan #PutriSaraSefhiaAzlan #HaiderMateenAzlan #2Cinta,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Untuk rekod, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.

Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini mencecah usia lima tahun.

Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020.

Foto: Instagram Elly Mazlein

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here