Baru-baru ini, aktres jelita Sharifah Sakinah telah menjadi perhatian netizen selepas berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya ketika ahli keluarganya meraikan ulang tahun perkahwinan kakaknya, Sharifah Shahirah bersama Ijoy Azahari.

Menerusi foto berkenaan, pelakon berusia 31 tahun itu kelihatan mengenakan seluar pendek dan melakukan aksi yang kurang sopan sebagai seorang wanita sekaligus mendapat kritikan daripada netizen.

Lalu, pelakon dan penyampai radio Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera ada memberikan komen mengenai perkara tersebut.

Menurut Shiera, dia tidak mempunyai sebarang masalah dan bersikap terbuka dengan tindakan adiknya itu meski dirinya kini sudah mengenakan hijab.

“Macam kami dulu pun kaki terkeluar juga tapi ketika itu kami tak ada kakak berpurdah. Meski kakak saya sudah berpurdah tapi dia tak akan buang adik dia sebab itu adik dia. Yang berpurdah tu belum tentu baik, dalam hati kita belum tahu,

“Tapi kami sebagai keluarga kami okey dan kami tahu apa yang dia lakukan. Bila ada orang cakap kakak dia tak tegur ke, tak fikir ke? Ya kami pun dulu macam tu tapi tuhan bagi ruang dan masa InsyaAllah kita akan berubah perlahan-lahan,” katanya.

Dalam pada itu, bintang radio berusia 46 tahun ini berharap agar netizen berhenti untuk memberikan komen negatif kepada orang lain.

“Kita jangan marah orang, jangan herdik orang. Islam itu indah. Saya tahu dia bukan seorang yang baik pada pandangan orang lain, anda boleh berkata apa sahaja yang anda suka,

“Tapi kalau dah sangat kurang ajar dengan orang lain, ingat orang suka ke perangai macam tu? Sentiasa ingat satu perkara kalau kita rasa diri kita dah cukup baik, jangan sombong dengan orang lain,” akhiri Shiera.


Foto: Instagram Sharifah Shahirah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here