Menerusi perkongsian terkini Menteri Pertahanan Negara, Datuk Seri Ismail Sabri di akaun Instagram miliknya telah mendapat perhatian warganet.

Ini kerana, ada segelintir netizen menyifatkan perkongsian DS Ismail Sabri tersebut berbaur sindiran lalu membuatkan netizen berasa terhibur.

“Saya dah tutup pintu depan tapi ………,” tulisnya di ruangan kapsyen entri berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon Ashraf Muslim juga turut ada memberikan reaksi terhadap perkongsian DS Ismail itu.

Baginya, perkongsian tersebut harus diambil serius oleh kerana kes positif Covid-19 yang dilaporkan kembali meningkat.

Ashraf juga berharap agar orang ramai untuk terus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang perlaksanaan Peritah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Gambar
Gambar

“Aduhaii.. geram plak aku.. kenapa lah ada yang tak ikut cakap. Bila ds @ismailsabri60 dah cakap lockdown dan hanya yg ESSENTIAL SERVICE yang boleh buat kerja.

“Yang bukan essential tu duk senyap-senyap lah. Ikut arahan betul-betul dan jangan ikut arahan yg bertentangan dan jangan pula ambil kesempatan dan main langgar je,” tulisnya.

Selain itu, pelakon berusia 39 tahun ini berasa simpati dan membimbangkan apabila kadar kematian akibat wabak Covid-19 di seluruh negara telah mencatakan seramai 126 orang.

“Rakyat tgh berkorban ni.. orang lain pun kena berkorban jgak. Pengorbanan ini bukan hanya satu pihak sahaja tapi secara keseluruhan. Kalau sorang buat hal so semua org akan terpalit kesannya.

“Cukup-cukuplah setiap hari mati sampai 70-80 org dan hari ni KEMATIAN PALING TINGGI IAITU 126 orang.. Faham-fahamlah. Oklah! Teruskan usaha kita bersama dalam menangani masalah covid ini. Keep it up guys! DS @ismailsabri60 tq so much,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Foto: Instagram Ashraf Muslim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here