Pelakon, Fauzi Nawawi telah berkesempatan untuk menjalani sesi fotografi bagi mempromosikan pakaian koleksi Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarganya, baru-baru ini. 

Momen sesi fotografi tersebut telah dikongsikan oleh Fauzi atau nama lengkapnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi menerusi platform laman media sosial Instagram miliknya.

Pada masa sama, pelakon drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa ini menzahirkan rasa teruja dan gembira apabila berpeluang untuk menjalani sesi fotografi tersebut bersama anaknya. 

“Sekian lama tak dapat peluang kerja bersama dgn anak2 terasa meriah yg teramat sgt .. sorry @hijabista.hub terpaksa melayan karenah kami 

“Yg penting kita semua dapat rasakan Suasana raya walaupun hanya photoshoot… tentu ramai dah Tak sabar nk berpuasa dan raya kan ?,”tulisnya. 

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Lisdawati ini memberitahu bahawa dia sekeluarga bakal meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam serba sederhana. 

“Utk Saya tahun ini Macam biasa serba sederhana Yg penting semua anak2 berkumpul bersama ahli keluarga 

“Semoga semua di antara kita dilindungi ALLAH dan dirahmati dunia dan Akhirat .. ,” tulisnya lagi menerusi hantaran yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

Sekadar informasi, Fauzi mendirikan rumah tangga bersama pelakon, pelakon Lisdawati pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata. 

Sementara itu Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.

Foto: Instagram Fauzi Nawawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here